Anti manusia

Anti-manusia merupakan satu unsur budaya yang dicerminkan dengan perasaan ketidakyakinan terhadap manusia. Dengan lebih jelas lagi, pemikiran anti manusia berpegang kepada andaian bahawa manusia suatu kewujudan yang jahat.Motif anti manusia selalunya muncul dalam karya sastera seperti cerpen, novel, filem dan sebagainya. Dalam karya sastera yang bermotifkan anti manusia, manusia digambarkan sebagai makhluk yang membuat kecelakaan ke atas bumi. Misalnya, dalam filem Matriks (The Matrix), Egen Smith daripada pihak mesin yang melawan umat manusia, pernah berkata: Perasaan anti manusia timbul apabila seseorang membuat generalisasi bahawa "semua manusia itu jahat". Malah, adapun ahli falsafah yang berpendapat bahawa "manusia dilahirkan dengan sifat yang jahat". Pendapat ini pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Cina, Xun Zi (荀子; k.k. 310237 SM), yang berkata: Menurut pandangan di atas, manusia sememangnya dilahirkan dengan fitrah yang negetif. Dengan itu, institusi moral diwujudkan oleh manusia untuk menyelamat manusia daripada ancaman daripada fitrah dirinya sendiri.